Masih terlalu kecil itulah sebabnya bayi anda perlu diberi vaksin. Vaksin amat penting. Lebih-lebih lagi dalam beberapa bulan pertama usia bayi anda kerana mereka lebih mudah mendapat penyakit berjangkit seperti pertussis dan meningitis Haemophilus influenzae jenis b (hib) yang dicegah dengan vaksinasi.
Penyakit Itu Tiada Lagi Di negara Kita.
Sesetengah penyakit sudah nadir atau basmi di negara kita tetapi masih tersebar di negara lain di dunia. Memandangkan semakin ramai warga negara Malaysia sekarang keluar negara untuk melancong atau bekerja , penyakit berjangkit boleh di bawa masuk ke negara kita tanpa disedari, atau mereka boleh dijangkiti semasa berada di luar negara. Tanpa Vaksin, anak anda masih berisiko terhadap penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi.
Tak Mahu Bayi Mendapat Austime.
Kajian Dr Andrew Wakefield mendakwa bahawa vaksin campak , beguk dan rubela (MMR) menyebabkan austime. Bagaimanapun, data daripada kajian itu tidak kukuh dan melalui kajian lain termasuk pantauan seluruh dunia menyangkal dakwaan tersebut. Hasil penyelidikan lain pula mendapati autisme sebenarnya bertapak pada awal perkembangan sistem saraf janin dan tidak berkaitan dengan vaksinasi.
Bayi Berasa Sakit
Sesungguhnya vaksinasi memberi kesan sampingan ringan seperti demam. Kebanyakkannya kesannya sementara. Kesan sampingan yangs serius yang mengakibatkan kematian jarang berlaku justeru tanpa vaksin, anak anda akan lebih berisiko mendapat jangkitan yang lebih serius.
No comments:
Post a Comment