ASTHMA
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. |
- BATUK PADA WAKTU MALAM DAN WAKTU PERSEKITARAN SEJUK
- RASA KETEGANGAN PADA DADA
- KESUKARAN BERNAFAS,RASA SESAK DI DADA
- NAFAS BERBUNYI(WHEEZING)
- BULU BINATANG
- DEBU ATAU HABUK
- PERUBAHAN CUACA
- SENAMAN
- MEROKOK DAN ASAP SERTA HABUK
- JANGKITAN SALUR PERNAFASAN
- TEKANAN
Rawatan bagi penyakit Asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan dengan cara yang betul.
- Pesakit perlu elakkan faktor-faktor alahan.
- Ubat terus masuk ke dalam saluran pernafasan,
- Ubat akan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.
- Dos yang kecil dan kesan sampingan ubat dapat dikurangkan.
- Contoh ubat adalah:-
1. Inhaler Salbutamol ( Respolin ) |
2. Inhaler Terbutaline( Bricanyl ) |
3. Inhaler Ipratropium( Atrovent ) |
4. Inhaler Budesonide( Pulmocort ) |
5. Inhaler Disodium Cromoglycate( Intal ) |
Ubat makan
1.Tab Salbutamol 2 mg |
2.Tab Theophyline 125mg |
3.Tab Theophyline SR 250mg |
4.Tab Predniselone 5mg 5.Tab Terbutaline 2.5 mg. |
Ubat suntikan |
Inj. Hydrocortisone 100 mg, |
RAWATAN SERANGAN AKUT
NEBULISER
- Nebulizer merupakan suatu alat yang digunakan dalam rawatan
asma. Alat ini dapat mengubah zarah ubat dari cair ke gas
(wap). Kerana ubat diubah dalam bentuk gas(wap) maka ubat ini
lebih mudah untuk diserap sehingga kesan dari ubat lebih cepat
kelihatan daripada ubat oral
SEDUTAN KAHAK(SUCTION)
- Untuk mengeluarkan kahak pekat yang mengganggu sistem pernafasan.
JIKA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH PERNAFASAN YANG TERUK
SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA .
Salam sejahtera,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya. Terlebih dahulu mohon maaf andai apa yang saya katakan di sini mungkin tersalah tempat nak bertanya. Tapi saya tahu Poliklinik Bio-Sucinas antara yang terbaik.
Saya seorang dewasa (sebab kat atas tu lebih kpd anak2 pulak gambar2 nya) ada asma. Saya mulai ada penyakit ini lebih kurang 5-6 tahun sehingga ke hari ini. Tetapi saya belum pernah membuat pemeriksaan lanjut untuk asma. Saya hanya dikatakan mengidap asma oleh seorang doktor klinik swasta kerana saya kerap pergi ke klinik tersebut untuk penyakit yang sama iaitu batuk, demam, selesema dan sukar untuk bernafas. Bila beliau melihat saya selalu datang (walau doktor berlainan tetapi rekod di klinik mereka tetap ada dan disebabkan benda yang sama) maka dia kata saya ada asma. maka mulai lah saya ambik gas (neb) dan dia bagi inhelar Ventolin serta yang berbentuk tablet juga ada. Sejak itu memang rasa ok lah. Sesak nafas datang pun dah jarang-jarang (tak selalu - ada masa sahaja).
Dah 5-6 tahun tu juga saya pakai inhelar. yang tablet saya jarang ambik kalau tak teruk sangat kerana takut risiko selalu sangat ambik ubat tablet.
Sejak akhir2 ini, asma saya semakin kerap datang/attack saya. Saya risau. Perubahan cuaca pun mungkin sebabnya juga. Faktor pemakanan saya rasa saya tidak teruk sangat bab2 pengambilan makanan kerana saya sedar saya ada asma.
Syukur setakat ini saya tidak pernah warded untuk penyakit ini. Cuma sejak akhir2 ni saya rasa asma ini semakin kerap dan mungkin makin 'advance' dah.
Jadi, kalau saya berhajat hendak buat pemeriksaan penuh ke atas penyakit ini di klinik TUAN/PUAN adakah boleh? Atau adakah inhelar/ubat yng saya consume selama 5-6 tahun ini tidak pernah berubah mengikut keperluan tahap penyakit ini ada pada saya?
Saya ambil keputusan send komen ini untuk nasihat atau jika boleh buat pemeriksaan asma lebih lanjut di klinik tuan/puan. Sebab susah nak tahu klinik mana yang boleh ambil serius untuk memeriksa pesakit dengan lebih detail berkaitan asma. Selalunya hanya dirawat secara biasa saja bila pesakit kata dia ada asma..o...bagi neb, bagi tablet ventolin, pastu tanya ade pakai helar atau tak?...gitu je. Sedangkan tahap asma tu boleh meningkat atau bekurang (mungkin adan yg boleh kurang kot).
Boleh buat X-Ray untuk cek penyakit berkaitan asma di sini?
jika boleh, hint2kan lah harga juga sekitar berapa. Saya nak tahu sangat tahap asma saya level yang mana dan ubat apa yang sesuai saya ambil sekarang.
Terima kasih kiranya komen saya ini diambil serius. Dah tak tau ke mana lagi nak dapatkan rawatan serius. Klinik kerajaan tak payah cakaplah, memang sekadar neb dan tablet ventolin je walaupun dalam masa subuh hari pergi unit emergency dengan nafas yang memang susah nak tarik.
Sekian, terima kasih.
Maaf anda ada kata tidak baik atau silap.
smoga sihat slalu ya....puan dh pakai penapis udara ??kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu...nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
ReplyDeleteBila2 senang bolehlah layari fb sy https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal
semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576.
antara langkah pencegahan asma adalah make sure rumah ade penapis udara..yg ni byr bulanan 70 lebih saja tidakla mahai dn membebankan tp bermanfaat kan utk menapis habuk dn kuman di udara..semua client sy sgt suke sejak pakai filter c model ni sbb udara makin bersih dn anak pun sgt kurg asma dn selesema.....akak bole pm sy ya...