ENDOMETRIOSIS
Adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput rahim iaitu 'endometrium' telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu,campuran darah dari rahim adalah dengan tisu yang telah berkecai melalui lapisan endometrium serta kuman bakteria, menjadikan'darah kotor'atau darah haid.Lama-kelamaan darah ini akan berkumpul dan menyebabkan kerosakan pada organ peranakan.
TANDA ATAU GANGGUAN
- Tanda utama adalah senggugut dimana kesakitan berlaku pada bawah perut dan pinggang.
- senggugut yang dialami kebiasaannya terjadi sejak remaja dan berterusan serta mungkin tidak reda walau selepas berkahwin.
- Sesetengah fenomena senggugut ini hilang selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi akan timbul semula akibat daripada penyakit ini.
- Kesakitan yang dialami berlaku sebelum datangnya haid seperti rasa sakit yang mencucuk pada bahagian ari-ari dan melarat ke bahagian pinggang.
- Biasanya sakit akan reda selepas 2/3 hari tapi jika penyakit ini telah merebak, kesakitan ini akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti.
- Hal ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan telah menjangkiti dinding atau otot rahim.
- Antara gangguan lain ketidaksuburan dan kemandulan.Bagi penghidap penyakit ini mereka tidak sedar mereka telah mendapat penyakit ini walaupun mereka tahu mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM?
- Tempat dimana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing dan kadang-kala pada tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan dengan tujuan lain. Ia juga tumbuh pada dinding atau otot rahim dan menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
- Tisu endometrium boleh tumbuh pada tempat yang luar biasa dan ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin disebabkan oleh kedudukan rahim yang luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).
- Endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita yang sering tertekan jiwa(stress), mudah menggelabah mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan yang tinggi I.Q nya.
- Sistem ketahanan wanita yang telah lemah boleh menyebabkan tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri.
- Apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
- Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.
BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG?
- Jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan untuk berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
- Tetapi amalan mengawal makanan,yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing,banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya dapat menghindarkan diri dari penyakit ini.
- Melatih diri untuk tenang fikiran dan menghindar gangguan emosi juga akan dapat mengelakkan daripada penyakit ini berulang kembali.
PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
- Pemeriksaan kemaluan supaya doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.
- Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
RAWATAN
- rawatan ubat-ubatan contohnya-ubat hormon Progesterone seperti Primulut, Norculut atau lainnya yang disyorkan penggunaannya selama 6/9 bulan untuk menghentikan haid
- Ubat Danazol juga digunakan untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.Antara kesan sampingan pengambilan pil ini adalah menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar,berat badan juga akan bertambah.
- Contoh suntikan sebulan sekali seperti Zoladex juga digunakan selama 6/9 bulan. tetapi suntikan ini memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid.
No comments:
Post a Comment