RADANG TEKAK
(TONSILLITIS)
APA ITU TONSIL?
- Adalah sejenis tisu limfoid yang menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan dalam badan manusia.
- Tisu ini terdiri daripada sejenis sel yang di panggil sebagai limfosit yang bertindak untuk melawan penyakit.
- Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat dalam rongga mulut.
1)Adenoids
-terletak di belakang hidung.
2)Linguals tonsil
-pada belakang lidah
3)Palatine tonsil
-terletak pada tengah dan selalu mengalami
keradangan.
TONSILLITIS
- Adalah radang yang terjadi apabila tisu limfoid dalam sistem kelenjar limfatik yang telah membengkak kerana reaksi kepada jangkitan untuk menambah sel bagi melawan jangkitan pada tonsil telah berlaku.
Bagaimana di diagnosakan?
- doktor akan membuat pemeriksaan fizikal
bagi mengesan benar atau tidak penyakit
tonsilllitis.
Gejala-gejala tonsillitis
a) Demam biasanya pada 1-3 hari selepas terdedah
kepada virus:-
kepada virus:-
-Demam selsema
- Hingus meleleh
- Gatal dan sakit tekak
- Batuk
- Rasa sesak
- Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
- Kerap bersin
- Mata berair.
- Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
- kepenatan
- Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)
- Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
- Tanda Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula,bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.
Komplikasi
- Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks
a)Komplikasi bernanah
-nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah
pada retropharyngeal (RPA),pesakit yang
mengalami PTA adalah mereka yang pernah
alami jangkitan oropharyngeal.
b)Komplikasi tanpa nanah
-demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah
ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang
reaktif,demam reumatik akut yang berlaku lebih
kurang 3 minggu selepas streptococcal
pharyngitis.
Rawatan
1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan
kumur dengan air suam.
2. Pengambilan Paracetamol adalah untuk
meredakan demam sebagai analgesik
dan antipyretic
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod
(NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) juga boleh
digunakan untuk rawatan kesakitan dan
demam di kalangan kanak-kanak dan dewasa.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat
kumur untuk membantu meredakan sakit
tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan
pada tekak.
5. Terapi Antibiotik
- Hanya sedikit peratusan sakit tekak
disebabkan oleh bacteria (kumpulan A
Streptococci) yang menyebabkan demam
reumatik akut.
- Penggunaan antibiotik mengurangkan
kejadian komplikasi dengan nanah dan
dengan bukan nanah akibat radang tekak.
- Pesakit yang mengalami streptococcal
pharyngitis akut perlu menerima terapi
seperti penicillin dan penicillin semi sintetik,
ampicillin dan amoxicillin.Penggunaan
Erythromycin adalah sesuai digunakan
sebagai alternatif untuk pesakit yang alah
penicillin.
Rawatan Pembedahan
- Episod radang tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.
- Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy -tonsil akan gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’.
- Jika pencegahan tidak dapat dilakukan,pembedahan bagi membuang tonsil akan dijalankan.
TONSILLECTOMY |
sampel kelenjar tonsil yang telah di buang |
No comments:
Post a Comment