Tuesday, January 26, 2016

SUNTIKAN VAKSIN HAJI DAN UMRAH (Vaksin Meningococcal Meningitis)


PANDUAN JEMAAH HAJI DAN UMRAH


Ibadah Haji dan Umrah adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan 
mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.


Vaksin / Pelalian

Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza, Vaksin Pneumococcal, Hepatis, dan Tifoid (Demam Kepialu). Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.


Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.


Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-oaru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan. Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. In berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan iniamat ketara dengan Negara kini yang beriklim panas dan lembab.


Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 60 tahun ke atas atau jemaah yang memnpunyai masalah penyakit kronik. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)3. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagaisalah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.


Dapatkan Vaksin Vaksin Meningococcal Meningitis di klinik kami sekarang. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 07-2366222.

Thursday, May 24, 2012

PAP SMEAR

Ujian Pap Smear





Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.


BAGAIMANA IA DILAKUKAN?

Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.



MENGAPA IA SANGAT PENTING?


1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.



DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?


Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.



Ihsan ; deeyan =) (sioloon comunity)

Monday, April 23, 2012

APA ITU HIPERKOLESTEROLEMIA?


Hiperkolesterolemia adalah satu keadaan di mana kolesterol

dalam badan adalah melebihi daripada aras normal. Kolesterol

yang berlebihan akan termendap di salur darah dan akan

menyempitkannya. Ini akan mengganggu sistem peredaran

darah yang normal dan akan meningkatkan risiko mendapat

penyakit darah tinggi dan sakit jantung.


TAHUKAH ANDA?

Terdapat dua jenis lipoprotein kolesterol yang mengawal aras
kolesterol dalam badan kita iaitu lipoprotein berketumpatan
tinggi (HDL) dan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).


1) High-density lipoprotein (HDL)
Kolesterol HDL juga dipanggil sebagai 'kolesterol baik' kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan dalam
salur darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi
daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko penyakit
jantung.

2) Low-density lipoprotein (LDL)
Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol
dalam arteri jantung dan kemungkinan menyebabkan penyakit
jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk
mendapat penyakit jantung. Itulah sebab kolesterol LDL sering
dipanggil 'kolesterol jahat'.


FAKTOR-FAKTOR:

Faktor-faktor risiko yang utama ialah :
>> Kolesterol LDL yang tinggi
>> Kolesterol HDL yang rendah
>> Tekanan darah tinggi
>> Merokok
>> Diabetis
>> Peningkatan umur
>> Sejarah keluarga yang mengidap penyakit jantung
>> Obes
>> Kurang aktif/ senaman

CARA UNTUK MENGURANGKAN TAHAP KOLESTROL DALAM DARAH




PERMAKANAN
PMenghadkan jumlah lemak tepu (seperti daging, hasil tenusu, minyak kelapa) dan juga makanan yang berkolesterol dalam pemakanan anda. Lebihkan pengambilan makanan yang
mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah buahan dan bijiran. Jikalau boleh pilih makanan yang rendah lemak atau hasil tenusu tanpa lemak. Terapi pemakanan yang rapi boleh mengurangkan jumlah kolesterol sehingga 5% - 10%.






BERAT BADAN
Sekiranya berat badan anda berlebihan, anda patut mengambil
langkah untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang
ideal. Pengurangan berat badan menolong untuk meningkatkan paras kolesterol HDL.







UBAT-UBATAN
Terapi ubat harus dipertimbangkan sekiranya paras kolesterol
anda tidak mencapai paras yang diingini, meskipun
pertukaran pemakanan dan gaya hidup telah dibuat. Bagi
mereka yang terbukti mengidap penyakit jantung koronari dan
paras kolesterol yang tersangat tinggi, ubat pengurangan
kolesterol patut diberikan disamping meneruskan gaya hidup yang sihat.




SENAMAN
ROKOK
Merokok merosakkan lapisan saluran darah dan meningkatkan timbunan kolestrol LDL.



Senaman yang teratur meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan risiko penyakit jantung dan boleh juga menolong mengawal berat badan, diabetis dan tekanan darah tinggi.









Sunday, April 22, 2012

Sengugut





Sengugut atau Dysmenorhoea (sakit ketika haid)

Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.

Apakah Penyebabnya?
  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.


Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Penjagaan sendiri
  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
  • Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Jangkitan Cacing




Jangkitan cacing adalah masalah biasa terutama sekali di kalangan kanak-kanak yang masih kecil. Mereka mudah dijangkiti kerana tabiat gemar memasukkan benda ke dalam mulut dan tidak membasuh tangan. Kekurangan zat makanan dan gangguan usus boleh berlaku jika dibiarkan dan tidak dirawat.


Tanda-tanda Dijangkiti Cacing
  • Kegatalan pada dubur dan juga vagina bagi kanak-kanak perempuan terutama pada waktu malam.
  • Cacing dewasa kadang kala boleh dilihat dalam najis (halus, putih dan seperti benang kapas.)
  • Cacing keluar ke sekeliling dubur selepas anak tidur.
  • Kurang selera makan dan gelisah.
Memudaratkan atau Tidak?


Cacing benang biasanya tidak memudaratkan tetapi sering meyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa di keliling dubur. Tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan , ia boleh menyebabkan komplikasi selanjutnya. Sebagai parasit, cacing menyukarkan badan untuk menyerap nutrien penting yang boleh menimbulkan masalah perkembangan fizikal, kekurangan vitamin A dan zat besi.


Rawatan
Ubat seperti pil Albendazole atau mebendazole perlu diambil untuk membunuh cacing dalam usus. Ini disusuli dengan langkah kebersihan untuk mencegah jangkitan dan jangkitan semula.

Langkah Pencegahan
  • Basuh semua pakaian atau cadar tempat tidur selepas mendapat rawatan.
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek.
  • Pakai seluar dalam yang bersih setiap hari.
  • Mandi setiap hari
INFO
Jangan berkaki ayam. Ini kerana cacing tanah seperti cacing kerawit boleh berpindah kepada manusia apabila tanah dicemari najis yang dihurung telur parasit.