Wednesday, July 20, 2011

KUDIS BUTA (SCABIES)

KUDIS BUTA (SCABIES)

Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama 'Sarcoptes Scabiei'.                       




                             
  • Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
  • Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
  • Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
  • Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

                                       
                                        
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan :
  1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
 Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.


Kawasan yang biasa dijangkiti Tempat-tempat yang biasa ialah :
  • Dicelah-celah jari.

                    Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari
  • Tapak tangan
  • Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
  • Kawasan kemaluan.
  • Punggung
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Siku
  • Kaki dan buku lali.
Bagaimana ianya merebak?

                              

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
  • Sentuhan kulit ke kulit.
  • Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Apakah rawatan untuk kudis buta?

                    Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:
  • Losyen benzyl benzoate
  • Krim gamma benzene hexachloride
  • Losyen malathion
Dimana ianya disapu?
  • Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
  • Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.
Bagaimana ianya disapu?
  • Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
  • Rawatan perlu diambil untuk 3 malam berturut-turut dan perlu diulangi selepas seminggu mengikut nasihat doktor.
  • Ubat-ubatan tersebut adalah RACUN dan elakkan menggunakan tangan ketika makan, gunakan garpu dan sudu. 
Pakaian dan cadar perlu dibasuh atau direbus dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat serentak, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.
Pencegahan dari merebak kepada orang lain
  1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
  2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.

1 comment:

  1. MACAMANA NAK TAHU KUDIS BUTA TADI SUDAH SEMBUH SEPENUHNYA.BAGAIMANA NAK PASTIKAN KUTU SUDAH SEMUA MATI DAN TELURNYA SUDAH DIMUSNAHKAN SETELAH MEMAKAI UBAT.

    ReplyDelete