CHICKEN POX
Pengenalan
- Chicken pox dikenali sebagai cacar air atau demam cengkering dan ia disebabkan oleh virus Varicella iaitu kumpulan virus herpes serta mudah berjangkit.
- Chicken pox boleh berlaku pada semua peringkat umur terutamanya pada kanak-kanak.Sekiranya berlaku kepada orang dewasa ia akan menjadi lebih teruk.Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.
- Rebakan juga berlaku melalui bahan yang tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
- Virus boleh merebak sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping
Bagaimana Rebakan Virus Terjadi?
Tanda dan Gejala
Komplikasi
Kumpulan berisiko untuk jangkitan:-
- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak pernah menghidap chicken pox atau pelalianchicken pox tidak di beri.
- Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku
- Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
- Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)
Komplikasi akibat chicken pox
- Jangkitan kulit- menjadi lebam merah,bengkak dan sakit
- Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air:-Antara tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
- Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
- Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)-tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada
RAWATAN
Ubatan Anti-Viral
Acyclovir atau immuno globulin iaitu rawatan
dalam 24jam dijangkiti.Ia akan mengurangkan
keterukan dan komplikasi akibat chicken pox.
Acyclovir atau immuno globulin iaitu rawatan
dalam 24jam dijangkiti.Ia akan mengurangkan
keterukan dan komplikasi akibat chicken pox.
- Rawatan antibiotikkomplikasi dari penyakit kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
SAPU CALAMINE LOTION |
ubatan antihistamin seperti piriton,clayrtine atau zyrtec untuk kurangkan gatal-gatal dan paracetamol atau panadol untuk ubatan demam.
Pencegahan
SEGERA LAKUKAN PELALIAN CHICKEN
POX SEBELUM DIJANGKITI KAMI ADA
MENYEDIAKAN VAKSIN INI
- Pelalian memberi ketahanan sepanjan
- hayat,diberi pada umur 12-18 bulan.
- Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun.
2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2 - Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chicken pox.
boleh ke pesakit chiken pop mandi?
ReplyDeletebrpa harga satu pelalian
ReplyDeleteMohon bantuan di mana lokasi poliklinik biosucinas? Saya hawa Dilaila bte Kamarudin Pesakit Multiple Sclerosis (MS) memerlukan vaksin ini kerana dalam darah saya masih ada virus Viricella Zoster masa masuk wad 1-6/4 saya memerlukan 2 dose sebelum mendapat ubat baru..
ReplyDeleteadakah vaksin chicken pox ini halal? setau saya ada 2 jenis pelalian n 1 tu tak halal
ReplyDeleteHalal ke haram ke hukumnya harus sebab darurat, takkan nak biarkan pesakit mati hanya disebabkan ubat tu dari bahan tak halal?
ReplyDeleteMasalahnya setakat chicken pox. Darurat ke? Xde la sampai mati pun...
ReplyDeleteOrang bodoh memang dilahirkan jahil dan bongkak
DeleteAde je yg mati kerana heart failure..
DeleteEmak i kena cacar air....sudah ambil ubat antibotik yang kuat dua kali....skr.all dah clear tapi ade sakit dan gatal......i nak confim kan emak i dah sembuh
ReplyDeleteEmak i nak pg.jumpa cucu pun takut terkena....kalau nak ambil vaksin berapa harga vaksin...boleh terangkan...doctor
ReplyDelete