TETANUS
Apa itu kancing gigi? (Tetanus)??
Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun dari sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasanya terjadi apabila terdapatluka-lukakecildi badan/kulit ternakan itu. Kuman ini akan memasuki badan dan membiak dan kemudian akan mengeluarkan racun.
Tanda-tanda
* Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
* Geraham dan mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
* Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.Pencegahan dan Rawatan:
* Suntikan veksin semasa anak berumur 3 bulan
* Mengubat luka-luka terutama luka-luka yang disebabkan oleh benda-benda yang tajam
Jenis-jenis Ubat:
* Tetanus antitoxin
* Suntikan vaksin
No comments:
Post a Comment