Monday, July 25, 2011

PEMAKANAN BAGI PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI(HYPERTENSION)



APAKAH DIET BAGI PESAKIT DARAH TINGGI?
1. Capai berat badan normal anda.
Berat badan berlebihan meningkatkan risiko individu untuk mendapat penyakit darah tinggi. Sekiranya anda berjaya mengurangkan 1 kg berat badan, anda telah berjaya mengurangkan 1.5 mmHg tekanan darah anda.
SENTIASA MONITOR BERAT BADAN ANDA 
2. Kurangkan pengambilan garam
Diet rendah garam perlu diamalkan untuk mengawal hipertensi, iaitu mengurangkan pemgambilan garam kepada 1 sudu teh sehari.


Elakkan pengambilan makanan tinggi garam seperti :
  • Perisa makanan
  • Makanan yang dikeringkan
  • Makanan terproses dan dalam tin
  • Makanan lain seperti Garam,Kicap,Belacan, budu, cencaluk, Sos tiram, cili,tomato,MSG Kiub/stok makanan, Taucu Perencah segera, Mayonis, Ikan/udang.
  • Sotong kering,Ikan bilis,Jeruk masin,Telur masin,Sayur jeruk,Daging salai
  • Sayuran dalam tin (kacang panggang, peas) Daging / sambal dalam tin Sardin /tuna Sup dalam tin Sosej, nugget, bebola ikan,kek ikan, Keropok udang/ikan,Mee segera/mee berkuah, Papadum, Maruku ,Keju, Makanan segera,Pati daging.
3.   Kurangkan makanan tinggi kolesterol. Elakkan 
       makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman
      (otak,hati,usus,limpa) dan kuning telur.

4.   Hadkan pengambilan makanan 
      laut(udang,ketam,sotong,kerang)
5.   Pilih susu dan hasil tenusu rendah lemak atau tanpa lemak
6.   Elakkan makanan tinggi lemak tepu seperti santan, 
      minyak sapi, mentega, lemak daging dan kulit ayam
      Utamakan cara masakan rendah lemak seperti
      kukus,bakar,panggang,rebus, sup serta kurangkan
      penggunaan minyak semasa masak

TIPS YANG PERLU DIAMALKAN

  • Tingkatkan aktiviti fizikal / senaman
  • Lakukan aktiviti fizikal/ senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman boleh menurunkan tekanan darah seban-yak 10/8mmHg (hipertensi) dan 2/3mmHg (normotensif).
LAKUKAN SENAMAN SEKURANG-KURANGNYA   3 KALI SEMINGGU
  • Elakkan atau hadkan pengambilan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Tangani stress atau tekanan dengan baik
BAGAIMANA MENGURANGKAN GARAM DALAM MASAKAN?
Garam adalah umpama span dalam badan. Semakin banyak garam dalam badan, maka semakin banyak air terkandung dalam badan. Oleh itu, makanan tinggi garam tidak sesuai untuk pesakit jantung kerana ini akan membebankan jantung.


  • Kurangkan garam dalam masakan harian
  • Guna perisa semulajadi dalam masakan seperti perahan limau nipis dalam masakan sup, penggunaan serai & rempah ratus dalam masakan harian.
  • Sekiranya sos cili/ tomato/ kicap telah digunakan dalam masakan, elakkan menambah lagi garam.
  • Elakkan amalan menambah garam secara terus di meja makan.Garam adalah umpama span dalam badan. Semakin banyak garam dalam badan, maka semakin banyak air terkandung dalam badan. Oleh itu, makanan tinggi garam tidak sesuai untuk pesakit jantung kerana ini akan membebankan jantung.


No comments:

Post a Comment