Sunday, April 22, 2012

Sengugut





Sengugut atau Dysmenorhoea (sakit ketika haid)

Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.

Apakah Penyebabnya?
  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.


Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Penjagaan sendiri
  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
  • Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

No comments:

Post a Comment