Sunday, April 22, 2012

Jangkitan Cacing




Jangkitan cacing adalah masalah biasa terutama sekali di kalangan kanak-kanak yang masih kecil. Mereka mudah dijangkiti kerana tabiat gemar memasukkan benda ke dalam mulut dan tidak membasuh tangan. Kekurangan zat makanan dan gangguan usus boleh berlaku jika dibiarkan dan tidak dirawat.


Tanda-tanda Dijangkiti Cacing
  • Kegatalan pada dubur dan juga vagina bagi kanak-kanak perempuan terutama pada waktu malam.
  • Cacing dewasa kadang kala boleh dilihat dalam najis (halus, putih dan seperti benang kapas.)
  • Cacing keluar ke sekeliling dubur selepas anak tidur.
  • Kurang selera makan dan gelisah.
Memudaratkan atau Tidak?


Cacing benang biasanya tidak memudaratkan tetapi sering meyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa di keliling dubur. Tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan , ia boleh menyebabkan komplikasi selanjutnya. Sebagai parasit, cacing menyukarkan badan untuk menyerap nutrien penting yang boleh menimbulkan masalah perkembangan fizikal, kekurangan vitamin A dan zat besi.


Rawatan
Ubat seperti pil Albendazole atau mebendazole perlu diambil untuk membunuh cacing dalam usus. Ini disusuli dengan langkah kebersihan untuk mencegah jangkitan dan jangkitan semula.

Langkah Pencegahan
  • Basuh semua pakaian atau cadar tempat tidur selepas mendapat rawatan.
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek.
  • Pakai seluar dalam yang bersih setiap hari.
  • Mandi setiap hari
INFO
Jangan berkaki ayam. Ini kerana cacing tanah seperti cacing kerawit boleh berpindah kepada manusia apabila tanah dicemari najis yang dihurung telur parasit.

No comments:

Post a Comment