Sunday, August 7, 2011

DEFINISI HAID

APAKAH HAID?

Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.

Dari segi istilah ahli Fiqh,ia adalah darah

yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari

dalam rahimnya(uterus)kerana semulajadi

(bukan kerana penyakit atau selepas

melahirkan anak).Keluarnya pada masa tertentu

bila seorang wanita telah mencapai umur

tertentu.

PROSES KITARAN HAID

  • Fungsi rahim adalah untuk proses pembiakan dan ia berlaku pada setiap bulan.
  • Proses fisiologi akan berlaku dimana rahim akan membuat persediaan untuk menerima kedatangan ovum yang telah disenyawakan oleh sperma.Dinding akan menebal sedikit demi sedikit dan apabila tidak berlaku persenyawaan,haid atau shedding pada permukaan dinding rahim akan berlaku.
  • Permulaan haid selalunya berlaku pada usia 10-16 tahun.Hari subur adalah hari ke 14(dikira daripada hari pertama datang haid dimana akan berlaku pengeluaran telur(ovulasi) dari kilang telur/ovari.Dalam masa yang sama faraj akan mengalami keluaran lendir yang banyak dan lebih cair kerana berlaku pengeluaran hormon kesuburan yang banyak semasa proses ovulasi.
  • Kandungan yang akan luruh adalah darah,tisu dan cairan yang akan keluar melalui lubang faraj.
  • Apabila gadis sudah mencapai puberty(peringkat kematangan),haid pertama akan berlaku dan bermakna gadis itu sudah matang.
  • Ini menunjukkan ovari sudah mengeluarkan telur dan rahim sudah bersedia untuk mengalami proses kehamilan.
TANDA KEMATANGAN(PUBERTY)
  • Mula tumbuh bulu ketiak,bulu pada alat sulit
  • Payudara semakin membesar.
  • Ketinggian yang mendadak.
PREMENSTRUAL SYNDROME
(PERUBAHAN SEBELUM HAID BERLAKU)
  • Dari segi emosi,seseorang gadis akan lebih sensitif,mudah marah dan menangis,mudah rasa bersalah,kurang bertenaga dan kurang fokus
  • Masalah fizikal pula,akan mengalami sakit pada payudara kerana payudara akan membengkak.
HAID YANG NORMAL
  • Kitaran berlaku setiap 21 hingga 35 hari
  • Pengeluaran terjadi dalam 2 hingga 8 hari dalam sebulan.
HAID YANG ABNORMAL
  • Berlaku kitaran tidak normal seperti berlaku haid 2 atau 3 kali sebulan atau tidak datang haid berbulan-bulan
  • Sakit yang keterlaluan (Senggugut) yang teruk sehingga terpaksa mengambil cuti sakit
  • Keluar darah yang berketul-ketul dan besar serta berlanjutan lebih dari 14 hari.

No comments:

Post a Comment