Tuesday, August 2, 2011

LEMAH JANTUNG (HEART DISEASE)


LEMAH JANTUNG (HEART DISEASE)
Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Simptom
  • Sentiasa rasa letih
  • Selalu sesak nafas
  • Cuma mampu melakukan aktiviti fizikal yang terhad sahaja
  • Mula mengalami bengkak-bengkak pada kaki
Faktor penyebab lemah jantung
  • Fungsi jantung rosak spt serangan jantung, darah tinggi
  • Lebih tekanan pada jantung spt valvular regurgitation
  • Sekatan aliran darah dari jantung spt aortic stenosis
  • Penyakit yang mengakibatkan pertambahan aliran darah spt anaemia
  • Kelemahan pengisian jantung spt pericarditis
  • Gangguan degupan jantung spt arrythmias
  • Penyakit jantung koronari
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid
Komplikasi
  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukkan penyakit
Rawatan
Rawatan umum
  • Mengurangkan aktiviti fizikal/Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Amalan pemakanan baik spt kurang makan, pengambilan air dan garam secara terhad.
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
Rawatan ubatan
  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
        Diuretics - Untuk keluarkan lebihan air badan.
        Vasodilator -membesarkan lumen/ruang dalam 
        saluran darah.
        Inotropic -menguatkan degupan jantung.
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Pembedahan
  • Pemindahan jantung
Pemeriksaan yang akan doktor lakukan

  • ECG-untuk mengesan ritma jantung dan keadnormalan pada jantung.
  • JIKA ANDA MENGALAMI KESUKARAN UNTUK BERNAFAS DAN SAKIT DADA SECARA TIBA-TIBA
    SILA LAKUKAN PEMERIKSAAN SEGERA
    TINDAKAN CEPAT MENYELAMATKAN NYAWA!
  • ECHOCARDIOGRAM

  • CXR
HEART FAILURE X-RAY
  • Ujian fungsi hati (LFT)

  • Urea dan elektrolite
Pencegahan
  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • Tidak merokok
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa

No comments:

Post a Comment