Wednesday, July 13, 2011

PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT

 


PENYAKIT GOUT


Penyakit gout ditakrifkan sebagai penghasilan 

asid urik secara berlebihan di dalam badan dan 

ini berlaku dalam keadaan yang mana produksinya

bertambah dengan  pengambilan secara berlebihan

makanan purin berprotein tinggi.

         
 Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau (excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).


Diagnosis
  • Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui      microscopi(fluid aspirated)sendi dari sendi       untuk membuktikan kristal monosodium urate        intrasellular dalam cecair synovia      polymorphonuclear leukocytes.
  • Aras Serum urate biasanya meningkat.
  • Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.
ANTARA CONTOH PEMAKANAN
1.Minuman yang diambil hendaklah melebihi  2
   liter  sehari. 
2.Elakkan kacang tanah, kacang putih  kacang bergaram.
3. Elakkan segala buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana dan lain-lain.
4. Elakkan segala buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dan sebagainya.
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dan sebagainya.
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan 
     roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10.Elakkan coklat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11.Elakkan mengambil air minuman bergas.
12.Elakkan mengambil jambu batu atau jus 
     jambu batu
13.Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14.Elakkan tembikai dan tembikai susu
15.Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16.Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17.Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam(kampung)pilih makan bahagian dada dan elak bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18.Elakkan makan buah oren seperti oren
     sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19.Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20.Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22.Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23.Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24.Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25.Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26.Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27.Elakkan jering, petai dan kerdas
28.Kurangkan pengambilan minyak kelapa  
     sawit.
29.Elakkan menonton bahan pornografi
30.Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31.Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti 
     pain  killer
32.Elakkan mengambil sebarang 
     supplement  seperti multivitamin dsb
33.Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. 
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35.Elakkan sayuran jeruk
36.Elakkan makanan dalam tin seperti sardin  
       dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38.Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39.Elakkan makanan segera (Fast food) seperti 
     KFC, McDonald, burger, sosej, nugget
40.Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian
      pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama
      daripada  membuang air kecil (tahan
      kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau 
      aktiviti  lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi 
       bahan pewarna, perasa dan pengawet
       tiruan termasuk ajinomoto
       
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga 
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10.Burung seperti burung puyuh dan merpati
11.Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab  dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras 
       pinggang  selama 20 minit selepas minum 
       segelas air suam (dalam besen atau pun tab
       mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran                    


                    RAWATAN 

   ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan 
  diclofenac (voltaren).
  •  bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.Beberapa  ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).



  • Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

                            

    No comments:

    Post a Comment