Wednesday, July 13, 2011

INFLUENZA A (H1N1)


 Apa itu Influenza A (H1N1)?

Ia merupakan sejenis penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh sejenis virus baru.
Virus ini terhasil dari mutasi gen virus influenza 
babi dan manusia.

Simptom dan gejala
  • mempunyai simptoms demam dan diikuti salah satu gejala berikut
      -Batuk,sakit tekak,sukar bernafas,sakit kepala dan 
       sakit badan.
  •   Orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit inBiasanya sehingga 7 hari. Kanak – kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Bagaimana virus ini berjangkit?
1.Berjangkit kepada orang lain apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair yang terkeluar semasa bersin atau batuk akan terkena tangan pesakit dan pada permukaa,boleh dijangkiti melalui pernafasan dan sentuhan tangan pesakit.
2.Menyentuh permukaan-permukaan objek yang tercemar  dengan titisan cecair pesakit   
3. Virus ini bertahan atas permukaan selama 2 
  hingga    8jam
4.Virus ini akan tersebar dari orang yang dijangkiti  kepada orang lain diantara 1hari sebelum orang yang  dijangkiti mula sakit 5-7 hari selepas dijangkit.Virus akan bertahan lebih lama didalam badan orang tertentu terutamanya kanak-kanak dan orang yang mempunyai immuniti yang lemah.

Rawatan dan Vaksin
*Antiviral dan terdapat dua jenis antiviral yang digunakan
 iaitu Oseltamivir(Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza)
GOLONGAN BERISIKO
  • Kanak – Kanak berumur kurang 5 tahun
  • Warga emas yang berumur 65 tahun dan keatas.
  • Kanak – kanak atau remaja yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan yang panjang
  • Wanita hamil
  • Mereka yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, paru – paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes
  • Mereka yang mempunyai immuniti yang rendah (Termasuk mengambil ubat – ubat 
  • tertentu, kanser, HIV dan sebagainya)
  • Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
  • Individu yang obesiti
    Langkah – Langkah Pencegahan
    1. Amalkan adab batuk dan bersin
     -Guna tisu atau sapu tangan apabila batuk atau 
      bersin.
    - Buang tisu yang telah digunakan ke dalam    
      tong sampah

    • Segera cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer,Jangan berkongsi sapu tangan
    • Cuci tangan selepas menyentuh muka, hidung, mulut dan mata
    2. Kerap mencuci tangan

    • membasuh tangan adalah kaedah paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit di kalangan kanak – kanak dan orang dewasa. Oleh itu, amalkan 7 langkah betul untuk membasuh tangan
    • Segera mencuci tangan apabila:Menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat awam. (Contoh:- Kaunter tiket, tombol pintu)
    • Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
    • Selepas berjabat tangan dengan orang mengalami gejala selsema apabila tangan anda kotor
    3. Gunakan topeng mulut & hidung (Mask) jika selsema   
        atau ke tempat – tempat awam.    
      - Jangan lakukan perkara ini apabila memakai mask:-
    • Berkongsi topeng muka(mask)
    • menyentuh permukaan topeng yang telah digunakan
    • Menggunakan semula topeng yang sudah dipakai
    • Meletakkan topeng muka di merata – rata   tempat.Buang ke tempat yang betul  (Contoh:-Tong sampah)  
    • Selepas menanggalkan topeng, cuci tangan anda dengan air dan sabun atau hand sanitizer
    4  Jarakkan diri anda daripada orang yang 
        selsema  sejauh lebih kurang 1 meter
    5. Amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam 
        dan amalkan diet yang seimbang untuk  
        meningkatkan   immuniti  badan

    Segera dapatkan pencegahan awal

     dari virus ini

    POLIKLINIK BIO-SUCINAS ADALAH SALAH SATU KLINIK YANG TERLIBAT DI DALAM PROGRAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PROGRAM CEGAH DAN RAWAT H1N1: SILA RUJUK DI ALAMAT JARINGAN DI BAWAH http://www.h1n1.net.my/users/biosucinas

    Klinik kami juga ada menyediakan

    vaksin influenza (h1n1)
    vaksin influenza A (h1n1)

    1 comment: