Penyakit tangan,kaki dan mulut
(Hand,foot And Mouth Disease)
- Virus entero adalah dari kumpulan virus kecil yang di bina oleh asid ribonuklik(RNA) dan protien.Ia terkandung dalam kumpulan virus polio(1,2&3)dan virus bukan polio seperti virus CoxsackieA& B, Echovirus dan Enterovirus Ia boleh terus hidup pada suhu bilik dan dalam persekitaran asidik dalam perut merebak dan berjangkit pada manusia.
- Jangkitan virus entero pada kanak-kanak tidak mengira lelaki atau perempuan dan sering berlaku dalam persekitaran yang sempit atau padat. Ia boleh merebak melalui lubang dubur ke mulut atau pun dari mulut ke mulut
- Ianya boleh dijumpai dalam najis pesakit dan rembasan air liur,kahak dan cairan daripada hingus.
- Jangkitan boleh berlaku sewaktu penukaran kain lampin.
Antara tanda-tanda jangkitan
- Tanda akan kelihatan dalam masa 2-5 hari selepas terdedah atau makanan tercemar dimakan Penghidap akan mengalami gejala selsema ringan,demam,sakit otot atau ruam pada kulit.Biasanya disebabkan oleh Coxsackie virus menunjukkan:-gejala demam,pecah mulut,ruam dengan lecuran di tangan dan kaki serta punggung dan kurang selera makan.Jangkitan polio virus akan menunjukkan tanda-tanda poliomyelitis
Komplikasi
Komplikasi teruk bagi bayi
- Paralisis,meningitis dan encephalitis,Radang jantung dan kegagalan jantung.
- Bayi yang lahir pada ibu yang menghidap penyakit enterovirus semasa bersalin mungkin mewarisi jangkitan itu dan mempunyai risiko untuk menghidap jangkitan yang sangat teruk.
- Gejala-gejala yang menunjukkan penyakit yang teruk pada kanak-kanak:-
- adalah cepat marah,kembung perut,muntah berulang,sawan,sukar bernafas,berpeluh dan gaya berjalan yang tidak seimbang.
RAWATAN
1.Amalkan menjaga kebersihan dan
kerap membasuh tangan.
2. teknik membasuh tangan yang betul:
Kebersihan boleh dicapai dengan mencuci
permukaan atau alat yang kotor,menggunakan
air dan sabun diikuti dengan larutan disinfeksi
(larutan bancuhan antara suku cawan klorin
dan satu gelen air.
3. Jika penyakit kaki tangan dan mulut
berlaku, pastikan ahli keluarga anda
mengamalkan teknik membasuhtangan
dengan betul terutama keluar
dari tandas ataupun selepas menukar
lampin.
4. Disinfeksi dan cuci dengan betul semua
peralatan atau permukaan yang
kotor dengan larutan klorin.
5. Jauhi tempat-tempat awam
IMUNISASI pada kanak-kanak di
gunakan UNTUK pencegahan awal
virus polio interviral
KERANA buat masa kini masih tiada
vaksin yang di temui..
DAPATKAN IMUNISASI POLIO
DI KLINIK KAMI UNTUK MENCEGAH
VIRUS INI UNTUK ANAK-ANAK ANDA!
No comments:
Post a Comment