Saturday, July 23, 2011

UJIAN PAP SMEAR

UJIAN PAP SMEAR


Merupakan satu cara untuk memeriksa sel
yang dikumpul daripada serviks dan faraj. 
Ujian ini mengesan jangkitan,inflamasi, sel  
tidak normal atau kanser.Ia juga satu ujian 
untuk mengesan malignan dan perubahan
pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?

Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan 
dengan kayu spatula, secebis kapas atau 
berus dan kemudian diperiksa di bawah
microskop.

Hasil ujian:

1. Positif  - sesuatu yang tidak normal wujud
                   (sel serviks tidak normal)  
            2. Negatif -tiada kanser sel ditemui 
                     (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun keatas atau
 mereka yang mula melakukan aktiviti seks
 digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?

1.mengesan lebih awal perubahan pra-kanser 
dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal 
sebelum lebih serius



Oleh demikian, sangat penting melakukan 
ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?

Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini,
ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar 
yang terlatih.Anda sepatutnya melakukan 
ujian ini buka pada masa datang haid. 
Masa yang terbaik ialah antara 
10 hingga 20 selepas hari pertama haid.


Nota penting:

1. Dua hari sebelum ujian PAP, anda mestilah 
     mengelakkan daripada douching(pancutan 
     air dilakukan oleh doktor ke atas rahim)
    atau menggunakan 
ubat-ubatan untuk faraj 

    atau sabun spermisid, krim atau jeli 
    (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor 
     tentang ujian PAP.




Buat Temujanji SEGERA dengan 

doktor kami bagi melakukan 

ujian PAP SMEAR.

HUBUNGI KAMI DI TALIAN

YANG BERIKUT:-

(07-2366222)


No comments:

Post a Comment