Sunday, July 24, 2011

KESUKARAN UNTUK TIDUR (INSOMNIA)

INSOMNIA
adalah ketidakupayaan untuk tidur selama tempoh yang munasabah (gangguan tidur).Penghidap biasanya akan merungut kerana tidak upaya menutup mata atau merehatkan minda melebihi beberapa minit.
PENYEBAB GANGGUAN TIDUR
  • Tekanan perasaan dan kemurungan yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan bimbang dan risau.
  • Minum minuman yang mengandungi kafien yang tinggi
  • Penggunaan ubatan dan herba
  • Sakit fizikal contohnya rasa sakit pada tempat luka,sakit kepala,perut dan sebagainya.
  • Minda terlalu aktif
    Insomnia terbahagi kepada 3 kategori:-
        -Insomnia Fana
    • Berlaku antara satu malam atau dalam beberapa minggu
    • Boleh mengakibatkan bimbang dalam jangka pendek dan jika berlaku dari semasa ke semasa dipanggil 'insomnia sela'.
    -Insomnia Acute(Akut)
    • Kesukaran tidur yang berlaku secara kekal hingga 3 hingga 6 bulan.

    -Insomnia Chronic(Kronik)
    • Kesukaran tidur berlaku setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
    MELATONIN
    -Adalah bahan yang boleh menyebabkan lena.
    • Apabila parasnya meningkat,kita akan merasa  mengantuk dan tidak mampu tidur nyenyak.Penigkatan ini akan menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.
    • Apabila waktu siang,paras melatonin akan menurun dan rasa ngantuk akan hilang.Kadar penurunan ini akan mengakibatkan individu akan mengambil masa yang panjang untuk tidur.Hal ini akan mengakibatkan rasa resah dan gelisah.
    TIDUR
    Terbahagi kepada 2 kategori:-
    REM Sleep(Rapid Eye Movement)
    -anak mata bergerak laju ke atas dan ke bawah.
    -aktiviti otak sangat aktif.
    NREM(Non Rapid Eye Movement)
    -tidur yang mendatar dan mudah terjaga.

    CARA MENINGKATKAN MELATONIN BERKAITAN DENGAN MASALAH INSOMNIA.
    1. Banyakkan minum soya dan makan buah-buahan beri.
    2. Selalu bersenam dan bersukan dengan teratur.
    3. Membaca sehingga rasa bosan,selang-selikan dengan mendengar radio.
    4. Elakkan minum kopi atau minum minuman yang berkafien sebelum tidur
    5. Pastikan perut tidak lapar atau terlalu kenyang.
    6. Tukar cadar baru,kemaskan bilik supaya tiada hama yang boleh menyebabkan gatal-gatal,bilik berada dalam keadaan gelap,senyap,baik dan sejuk.
    7. Cuba dapatkan Pil Melatonin atau Krim untuk tidur yang lebih berkualiti.
    8. Cuba rawatan herba atau akupuntur.
    9. Mandi air hangat 30 minit atau sebelum tidur
    10. Berhenti menonton televisyen
    11. Tidur dan bangun dengan waktu yang teratur.
    RAWATAN ALTERNATIF
    GHB
    • Gamma-Hidroksibutirate(4 Hydroxybutanoic Acid) adalah sejenis DADAH dan sebatian yang dijumpai dalam otak mamalia di mana bertindak sebagai penghantar neuron.
    • Sebagai DADAH dijumpai dalam garam kimia(NaGHB/KGHB)
    • Dapat merencatkan keluaran dopamina danmerangsang pituitari untuk menghasilkan hormon tumbesaran(GH)
    • Digunakan sebagai anestetik umum dan hipnotik dalam rawatan insomnia terutama dalam rawatan NARCOLEPSY-jenama Xyrem.
    • Sebagai makanan tambahan bagi ahli bina badanuntuk merangsang keluaran GH.
    • Untuk rawatan alkoholisme,bantu kelahiran dan sebagai intoksikan. 
                                      • r

      No comments:

      Post a Comment