Monday, July 11, 2011

KENCING KOTOR (URINARY TRACT INFECTION)



Jangkitan yang berlaku pada saluran kencing
(Urinary track infection) 
Jangkitan kuman (bakteria) dinamakan Escherichia Coli yang menyerang saluran kencing.Kuman ini biasanya terdapat  di saluran penghadaman dan dibahagian kulit sekeliling kemaluan. 

Adakah lelaki boleh mendapat jangkitan saluran kencing?
  • Ada juga lelaki yang dijangkiti jangkitan saluran kencing tetapi jarang jika dibandingkan dengan kaum wanita. 
  • Jika lelaki mendapat jangkitan salur kencing, mereka mungkin mempunyai struktur dan fungsi yang abnormal di sistem saluran kencing mereka.
Kenapa jangkitan lebih kerap berlaku di kalangan kaum perempuan? 
Hal ini berlaku kerana uretra pada perempuan pendek.Lubang terletak bersebelahan dengan dubur dan lubang kelamin.

Antara tempat yang biasa dijangkiti 
Pundi kencing adalah tempat yang biasa   dijangkiti. Jangkitan pada pundi kencing dikenali  sebagai cystitis

Cara kuman memasuki pundi kencing 
1.   Pencemaran bakteria berlaku di kalangan perempuan iaitu semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
2.   Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.

Gejala jangkitan.
  • Kencing yang kerap
  • Rasa tidak puas kencing walaupun tiada air kencing 
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kencing berdarah atau kencing yang berbau
  • Demam yang sederhana
Gejala jangkitan sudah melintasi pundi kencing
  • Demam tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
  • Terasa loya dan muntah
  • Sakit yang terasa di bahagian belakang pinggang
  • Jangkitan boleh merebak dan merosakkan buah pinggang
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Uristix
-Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa 
dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan
air kencing akan dibuat.

Rawatan 
ubatan antibiotik untuk membunuh kuman.
  • Adalah penting untuk anda menghabiskan rawatan antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor.
    Tablet Augmentin 
Cara Pencegahan
  • sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
  • Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air
  • Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa anda datang haid
TAMPON

  • pergi ke tandas setiap kali anda rasa hendak membuang air (elak menahan kencing)
  • Jangan gunakan seluar dalam jenis nylon
  • Jangan gunakan spray kebersihan wanita atau 'douche' kerana produk ini boleh merengsakan uretra.
  • Minum air dengan secukupnyaMakan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi
  • Makan buah nenas kerana nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

No comments:

Post a Comment