Wednesday, July 6, 2011

PNEUMOKOKUS

Apakah itu penyakit PNEUMOKOKUS ?
           (PNEUMOCOCCUS)

 
Penyakit pneumokokus berpunca daripada bakterium STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE . Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus . Kebanyakkanya mengakibatkan penyakit yg ringan sahaja tetapi ada segelintir yang mampu mampu menyebabkan jangkitan-jangkitan yang invastif. Hampir 62% penyakit invastif di dunia berpunca daripada 10 jenis serotip yang biasa.


Sreptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan jangkitan pada radang selaput otak, jangkitan darah, jangkitan paru-paru dan jangkitan telinga pertengahan. Beberapa penyakit ini boleh menjadi serius terutamanya untuk kanak-kanak.




PNEUMOKOKUS MENINGITIS (jangkitan pada radang selaput otak. )


Jangan kelirukan pneumokokus meningitis dengan meningitis yang lain kerana ia mungkin berbahaya untuk kanak-kanak. Perasaan resah dan mengantuk , leher yang tegang , hilang selera makan serta muntah-muntah adalah simptom utama penyakit ini. Pneumokokus meningitis boleh membawa maut dan hampir separuh yang hidup mungkin akan mengalami beberapa ketidakupayaan kekal seperti ketulian, kerosakan otak atau kelumpuhan.



PNEUMOKOKUS BACTEREMIA(jangkitan darah)

Ia merupakan infeksi di dalam aliran darah dan mampu menjadi serius jika tidak dirawati dengan segera. Simptom-simptomnya adalah demam gred tinggi , kesejukan melampau, kehilangan selera makan, keresahan dan sakit sendi.






PNEUMOKOKUS PNEUMONIA (jangkitan paru-paru)


Kanak-kanak yang dijangkiti pneumokokus pneumonia lazimnya memerlukan rawatan hospital. Simptom-simptom yang perlu diawasi adalah demam panas, sakit dada , perasaan loya, pening kepala, kepenatan, kesejukan melampau dan sakit sendi.





PNEUMOKOKUS OTITIS MEDIA (jangkitan telinga pertengahan)


Jangkitan ini amat biasa di kalangan kanak-kanak  dan boleh mendukakan pesakit serta keluarganya. Simptom-simptom otitis media ialah sakit badan hidung berhingus , batuk,  keresahan, kehilangan selera makan, tangisan berlanjutan, cirit-birit dan muntah -muntah.



"Suntikan vaksin pneumokokus untuk pencegahan penyakit tersebut boleh didapatkan di sini !"

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN 072366222 ATAU LAYARI  www.bio-sucinas.com 

No comments:

Post a Comment