Wednesday, July 20, 2011

DEMAM DENGGI (DENGUE FEVER)


DEMAM DENGGI (DENGUE FEVER)


  • Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
  • Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
  • Terdapat  2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
  • Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
  • Demam denggi klasik berlarutan selama 6 hingga 7 hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
  • Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma.Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

TANDA DAN GEJALA
1.  Demam mengejut
2.  Sakit kepala teruk
3.  Sakit di belakang bebola mata
4.  Sakit sendi dan otot (myalgias dan  
      arthralgias,sakit pinggang yang teruk
      menyebabkan ia juga digelar demam   
      tulang pecah(break bone fever)
5.  Gatal-gatal
       -Ciri-ciri keradangan demam denggi 
         adalah bintik-bintik merah terang dan
         muncul di anggota bahagian 
         bawah,ada sesetengah pesakit, ia merebak
         hampir kepada keseluruhan tubuh.
       -Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit
         tubuh bertukar kemerahan dengan tompok-
         tompok warna yang normal (island of white in 
         a  sea of red).
6.  Gastritis dengan gabungan sakit perut, mual,
      muntah atau cirit-cirit.
7.  Pesakit boleh mendapat radang hati, radang    
      otak (simptom lebih pada kanak-kanak) dan 
      dalam kes luarbiasa radang otot jantung 
      (cardiomyopathy)


BAGAIMANA IA BOLEH MEREBAK?
  • Virus merebak kepada pesakit melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti.Ia tidak berjangkit dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain.Ia merebak apabila gigitan satu nyamuk aedes kepada pesakit yang telah di jangkiti berpindah kepada orang yang lain yang tidak dijangkiti lagi.

DIAGNOSA  PENYAKIT 
  • Dengan mengambil sampel darah pesakit.
  • Untuk monitor Penurunan Platlet (Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan)
  Thrombocytopenia
platelet count < 1,00,000/mm3
  Haemoconcentration
        PCV ↑ by 20% or more
 Hypoproteinaemia
SGOT ↑
 Hyponatraemia
LFT
Serum complement level
 reduced C3 & C5
WBC count
leukopaenia to mild lyrnphocytosis
Occult blood in stool
Turke's cells


                  MACHINE MINDRAY BC 2800 AUTO HAEMATOLOGY ANALYSER DI  POLIKLINIK BIO-SUCINAS


Jika anda mengalami tanda dan gejala penyakit demam denggi, klinik kami ada menyediakan ujian 'FULL BLOOD COUNT' untuk mengesan paras platelet dalam darah ,  dengan menggunakan machine 'auto haematology analyzer' seperti di atas, dan keputusan darah dapat diketahui dalam masa 15 minit sahaja. Normal paras platelet adalah 150-450 x 109 /L , dan di dalam kes denggi paras platelet akan menurun dari paras normal tersebut. 


Sila hubungi kami ditalian 072366222 atau layari kami di www.bio-sucinas.com  

No comments:

Post a Comment