Tuesday, July 12, 2011

PANDUAN PEMAKANAN KEPADA PESAKIT KENCING MANIS

Diet dapat membantu dalam pengurusan Diabetes Mellitus. Terdapat 4 faktor yang perlu diingat berkaitan dengan diet pesakit diabetes;


1. Makan diet seimbang.

2. Makan lebih banyak makanan berserat.

3. Makan makanan secara berkala;

    Tiga makanan utama( Jika anda mengambil ubat 
    menerusi mulut.)

    Tiga makanan utama dan tiga snek sehari 
   (jika anda mengambil  suntikan     insulin)

4. Mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal.


Adalah diingatkan supaya pengambilan makanan anda berkala pada sepanjang hari dan waktu makan mestilah konsisten hari demi hari.

Karbohidrat merupakan sumber utama tenaga dan terdapat dalam kebanyakkan makanan.




KARBOHIDRAT RINGKAS
Makanan daripada kumpulan ini hendaklah DIELAKKAN . Ini termasuk gula perang, gula putih, glukosa dan madu.







KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Makanan daripada kumpulan ini BOLEH DIMAKAN DALAM KUANTITI YANG SEDERHANA . Ianya dicerna dan diserap secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan aras gula dalam darah meningkat dengan cepat. 

Contoh; makanan daripada kumpulan ubi, nasi, oat, lobak merah, keladi, barli, gandum, jagung dan kekacang.





KARBOHIDRAT ASLI
Makanan daripada kumpulan ini ialah buah-buahan dan tenusu. Buah-buahan lebih baik di makan bersama-sama hidangan lain daripada dimakan sebagai snek berasingan.









MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA HALANGAN

BENDALIR

Air kopi , teh cina, air soda tak manis, sup jernih, limau nipis tak manis atau barli.




PERISA DAN PERENCAH

Cili serbuk kari, rempah , herba, biji sawi, lada dan cuka. 





SAYUR-SAYURAN BERDAUN

Bayam, salad, ulamtempatan seperti pucuk paku, daun selom, dan sayur-sayuran daun yang lain.




No comments:

Post a Comment