Wednesday, July 27, 2011

KAEDAH RAWATAN MODEN:BATAL PUASA ATAU TIDAK?



Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut ramadan yang mulia,ramai yang kurang tahu apakah kaedah rawatan moden sekarang boleh membatalkan puasa anda??
      Berikut adalah antara kaedah-kaedah rawatan yang TIDAK akan membatalkan puasa anda.Fatwa ini turut dikeluarkan oleh Himpunan Fiqh Islam ke 10 yang telah bersidang di Jeddah,Saudi Arabia pada tarikh 23 hingga 28 Safar 1418H(bersamaan 28 Jun-3 Julai 1998M)
      Kaedah rawatan moden ini telah disepakati dalam hukum syarak TIDAK AKAN MEMBATALKAN PUASA anda.
a)Ubat titis mata,titis telinga atau pencuci telinga
   DENGAN SYARAT elakkan menelan hingga ke halkum
   contohnya NASAL DROPS(ubat titis ke dalam hidung) 
   atau sembur hidung.
b)Tab Nitroglycerin yang diletakkan pada bawah 
    lidah(sublingual) untuk rawatan bagi pesakit 
    jantung.Elakkan menelan sampai  ke tekak.
c) Rawatan memasukkan alat IUCD atau ubat PESSARI ke
    dalam faraj,VE(Vaginal Examination-jari doktor di 
    masukkan  ke dalam vagina untuk mengesan penyakit
d)Tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan
    melalui saluran kencing(CBD),probe,urethroscope,
    barium pencuci urethra,radio-opaque atau ubat 
    larutan untuk cuci pundi kencing.
e)Rawatan pergigian-tampal,cuci dan gosok gigi yang 
    tidak akan terbatal selagi tidak masuk tekak.
f) Semua jenis suntikan KECUALI Parental Nutrition dan
    cecair tenaga yang masuk ke dalam salur darah.
g) Bantuan pernafasan pesakit,oksigen.
h) Bius atau Anesthatic
i) Krim yang di sapu pada kulit walaupun ada
   sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang  
   menyerap dalam kulit seperti pelekat berubat(Acustop).
j) Semua jenis tiub yang  dimasukkan ke dalam salur darah
   untuk tujuan X-Ray pada jantung(ECG) atau mana-mana 
   anggota badan(Catheterization).
k) Memasukkan Laparoscope ke dalam abdomen untuk
    tujuan pembedahan.
l) Ubat jenis kumuran(mouth rising gargle) atau semburan 
    ubat ke mulut-tidak ditelan.
m)Memasukkan Gastroscope ke dalam perut.Dengan 
    syarat tiada cecair disalurkan ke badan.
n) Pengambilan sampel dari badan untuk BIOPSY.
o) Memasukkan alat atau bahan pada otak atau 
    saraf tunjang.

Ada sesetengah kaedah rawatan yang diperselisihkan dari hukum syarak membatalkan puasa atau tidak.Majoriti ulama dan pakar perubatan dalam persidangan IOMS ke 10 memutuskan pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:-
1)Ubat pesakit asthma-inhaler,turbohaler dan rotahaler.
2)Ubat yang dimasukkan ke dalam anus bagi pesakit
   Haemoroid(Buasir).
3)Pembedahan yang menggunakan bius seluruh
   badan(General Anesthesia) yang dijalankan pada siang
   hari setelah pesakit berpuasa sejak malam
   sebelum pembedahan.Pesakit juga tidak diberi suntikan
   yang mengandungi larutan bernutrien.
4)Suntikan merawat sakit buah pinggang melalui Artificial
   Kidney(Dialysis) samada peritonel atau hemodialysis.

Walau bagaimana pun tentang hal khilaf adalah lebih baik jika kita berhati-hati dan menggelakkan dari melakukannya ketika sedang berpuasa.

Wallahua'lam..
  ' SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA'
  info ini  dari kami poliklinik bio-sucinas untuk pedoman umat islam sedunia.

                                                                                  Insyallah..

No comments:

Post a Comment