Tuesday, April 17, 2012

APA ITU G6PD?






 ( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.


 Fungsinya.


 la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.


 Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:


1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.


2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.


 Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.


 Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:


*   Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.


*   Ubat gegat.


*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.


*   Minyak gosok.


*   Kacang parang.



Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yan gtidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.


 SILA PASTIKAN 


Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.


 Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 


*   Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.


·        Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).


·        Air kencing berdarah atau berwama teh pekat


·        Demam dan pucat.






  Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ?



 Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.


Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit   keturunana    atau berjangkit.


 Ubat - ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD.



Antimalaria.


Chloroquine.


Hydroxychloroquine.


Primaquine.


Pamaquine.


Pentaquine.


Quinine.


Mapacrine.


Antirheumatik / Analgesik.


Phenacetin.


Aminopyrine.


Acetylsalicytic acid.


Antlpyrine.


Probenecid.


Acetalinid.



Antibakteria

Chlorophenicol


Cotnimoxazole


Furazolidine


Nalidixic acid


Nitrofurantoin


P. Aminosalicylic Acid


Sulphonamide


Sulphanilamide


Sulphasoxazole


Sulphamethoxypyridazine


Sulphathizole


Sulphamerazine


 Lain-lain


Choramine


Dapsone


Dimercaprol


Antisine


Napthalene (ubat Gegat)


Phenythydrazine


Benadryl


Tripelennamide


Procainamide


P. Aminobenzoic Acid


SS Cream


Fava beans


Vitamin K Analoques


Pyrimidone


Pyribeneamine


Mathylene blue




sumber ehsan dari : drycyber@melayu.net

No comments:

Post a Comment