Saturday, November 5, 2011

KETAHUI UBAT ANDA ; ZITHROMAX

KETAHUI UBAT ANDA ; ZITHROMAX

  
                    

Zithromax adalah antibiotik jenis macrolide, keluarga Erythromycin, untuk menentang jangkitan  bakteria. Ia digunakan untuk merawat beberapa penyakit akibat jangkitan oleh bakteria seperti jangkitan sistem pernafasan dan paru-paru, jangkitan pada kulit, jangkitan pada telinga dan penyakit jangkitan seksual.
Pada kanak-kanak, ia digunakan dalam rawatan radang jangkitan kuman dalam telinga, radang paru-paru, tosillitis dan jangkitan akibat kuman streptococcus dan sangat berkesan dalam rawatan jangkitan mycoplasma pneumonia.

PERKARA PENTING BERKENAAN ZITHROMAX.

1. Anda tidak boleh mengambil ubat ini sekiranya anda menghidap radang hati atau sakit kuning
    (jaundice).
2. Anda juga tidak boleh mengambil ubat ini sekiranya anda alah (allergy) kepada ubat seperti
    erythromycin, clarithromycin, telithromycin atau troleandomycin.
3. Jangan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aluminium atau magnesium dalam masa dua jam
    sebelum atau selepas pengambilan zithromax, ini termasuk ubat-ubatan seperti Rolaids, Mylanta,
    Malox, Zellox dan antacid lain seperti gelusil kerana ia mengakibatkan Zithromax akan menjadi
    tidak berkesan.

Sila rujuk Doktor anda untuk maklumat yang selanjutnya.

No comments:

Post a Comment