KURMA (TAMAR) - KELEBIHAN MENURUT PANDANGAN SAINS PERUBATAN.
KURMA adalah tumbuhan jenis Palma atau nama saintifiknya 'Phonex Dactylifera'. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di Timur tengah dan mempunyai pelbagai jenis. Ia menjadi makanan utama mereka. Kurma memang terkenal dengan khasiatnya, namun ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui. Disini saya akan cuba mengupas kelebihan dan khasiat kurma dari sudut perubatan.
KOMPOSISI GIZI DI DALAM 100g KURMA
1. PROTEIN 1.8 - 2.0%
2. SERAT / FIBER 2.0 - 4.0%
3. GLUKOSA 50 - 58%
4. VITAMIN A 50 IU
5. THIAMIN 0.09mg
6. RIBOFLAVIN 0.1mg
7. NIASIN 2.20 mg
8. KALIUM
9. VITAMIN C
10. KALSIUM
11. POTASIUM
12. PHOSPHORUS
13. ZAT BESI (FERRUM)
14. Salicylate - sejenis bahan antipembeku darah.
15. Sejenis hormon menyerupai horman Oxytocin.
KELEBIHAN BUAH KURMA DARI SUDUT PERUBATAN;
1. Kandungan Glukosa yang tinggi dalam sebiji kurma dapat
memberi 'tenaga segera' kepada pemakannya kerana
sifat glukosa yang mudah diserap dan dihadam segera oleh
sistem pencernaan. Ini membuatkan sipemakannya terasa
cepat kenyang dan mendapat pemulihan tenaga yang pantas.
(Nota; Gula secara amnya terbahagi tiga, iaitu Glukosa,
Fruktosa dan Sukrosa, kurma mengandungi gula jenis
glukosa dan dapat diserap secara langsung dan, sementara
buah-buahan lain kebanyakkanya mengandungi gula
fruktosa dan gula tebu pula mengandungi sukrosa, gula jenis
ini perlu dipecahkan oleh enzim terlebih
dahulu sebelum bertukar menjadi glukosa dan kemudian
barulah diserap oleh badan ).
2. Kulit kurma mengandungi serat atau 'fiber' yang sangat
tinggi, serat berperanan untuk mengelakkan
sembelit dan masalah usus yang lain, makanan yang
mengandungi serat yang tinggi juga dapat
mengelakkan barah usus. Serat adalah suatu bahan yang
lambat dihadamkan dan membuatkan sipemakannya terasa
kenyang dalam masa yang panjang.
Kesimpulan dari fakta 1 dan 2.
Di dalam sebiji kurma, ia mengandungi glukosa - iaitu
pemberi tenaga segera dan cepat kenyang, dan ia juga
mengandungi serat @ fiber yang membuatkan seseorang
terasa lambat lapar, ia sangat sesuai sebagai makanan
terutama kepada orang yang mementingkan soal
kesihatan, orang yang berpuasa dan orang yang sedang
menguruskan berat badan.
3. Kalium yang tinggi di dalam sebiji kurma dapat
mengelakkan lemah otot, keletihan dan dapat
mencegah terkena penyakit angin ahmar (stroke).
Kalium juga dapat memelihara dinding arteri agar tetap
elastik dan dapat berfungsi secara normal,
keadaan ini membuatkan pembuluh darah tidak mudah
rosak akibat tekanan darah dan faktor inilah
yang dapat mengurang kan risiko 'stroke'.
Kalium juga membuat denyut jantung teratur, mengaktifkan
kontraksi otot serta dapat membantu menurunkan tekanan
darah kepada pesakit darah tinggi.
4. 'Salicylate' yang terdapat terutama di dalam kurma kering
dapat membantu melancarkan perjalanan darah,
mencegah pembekuan darah dan bersifat anti radang,
Salicylate ini juga dikenalpasti dapat mengelakkan penyakit
angin ahmar dan serangan jantung kepada pemakan kurma.
Kesimpulan fakta 3 dan 4.
Makanan yang mengandungi kalium yang tinggi akan
mengurangkan risiko seseorang itu diserang angin ahmar
(stroke). Minimal adalah 400mg setiap hari, satu biji kurma
mengandungi 65g kalium, jadi anda perlu memakan lima biji
setiap hari untuk mengurangkan risiko diserang angin
ahmar!
Kandungan Salicylate sebagai agen pelancar darah semula
jadi dalam buah kurma juga dapat mengurangkan risiko
serangan angin ahmar dan serangan jantung!!
5. Vitamin C yang tinggi juga dapat memelihara kulit dan
pencegahan dari serangan penyakit dan sebagai agen anti
pengoksidaan dan agen antipenuaan semulajadi.
6. Vitamin A yang tinggi baik untuk pengelihatan.
7. Niasin dan Riboflavin dapat merangsang selera makan
kepada anak-anak dan membantu
tumbesaran kanak-kanak.
8. Zat besi (ferrum) yang terdapat didalam buah
kurma juga dapat membantu pembentukan sel-sel darah
merah dan sangat sesuai dimakan oleh wanita yang hamil
dan menyusukan bayi.
9. Kalsium yang terdapat di dalam kurma sangat sesuai sebagai
makanan tambahan kepada ibu mengandung dan ibu yang
menyusukan anak. Kalsium juga sangat diperlukan oleh
anak-anak yang sedang membesar.
10. Phosphorus adalah sejenis mineral yang penting selapas
kalsium, untuk membina tulang dan gigi yang kuat, ia juga
membantu dalam sistem penapisan buah pinggang.
Kandungan Phosphorus adalah tinggi dalam kurma kering.
11. Kurma juga mengandungi bahan menyerupai hormon
oxytocin yang berperanan didalam pengecutan rahim, bahan
ini boleh membantu didalam pengecutan pembuluh darah
dalam rahim bagi mengelakkan perdarahan terutama
perdarahan serius selepas bersalin.
12. Diantara kelebihan-kelebihan lainnya seperti;
Mencergaskan otak dan minda anak-anak.
Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Sekiranya kita mengetahui khasiat dan kelebihan buah kurma anugerah Ilahi ini, maka sepatutnya kita akan memakan buah kurma setiap hari dan bukan hanya dimakan di dalam bulan Ramadan...
akhir kata,
SEPINGGAN KURMA DENGAN SERIBU KHASIAT..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA
KAMI; TENAGA KERJA DAN DOKTOR
POLIKLINIK BIO-SUCINAS.
POLIKLINIK BIO-SUCINAS#POLIKLINIK BIO-SUCINAS#POLIKLINIK BIO-SUCINAS
No comments:
Post a Comment