Tuesday, July 12, 2011

JANGKITAN FARAJ (VAGINITIS)



Jangkitan faraj boleh menjadi satu masalah yang biasa -kebanyakan wanta mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Berita baik ialah jangkitan ini boleh dirawat.

APAKAH PENYEBABNYA?

Jangkitan ini boleh berlaku apabila bakteria yang normal di dalam faraj menjadi tidak seimbang , ataupun apabila orgasma luar menjangkiti faraj.

JENIS JANGKITAN FARAJ BIASA

Sebab-sebab dan tanda-tanda jenis jangkitan faraj yang paling biasa berlaku ;

VAGIANOSIS BAKTERIA

Berpunca kerana ketidak seimbangan dalam bakteria faraj yang normal dan peningkatan dalam frekuensi hubungan seks.

Tanda-tanda; Lendiran putih /kelabu yang cair seperti susu , bau yang tidak disenangi, keradangan, kegatalan dan rasa panas membakar pada bukaan faraj.


TRIKOMONIASASI

Jangkitan yang di bawa daripada satu pasangan kepada pasangan yang lain semasa hubungan seks.

Tanda-tanda; Lendiran, yang kebuih-buihan kelabu atau kuning-kuningan. Bau yang tidak di senangi , kegatalan teruk pada faraj, kemerahan pada kebengkakkan pada pembukaan faraj. Sakit semasa hubungan seks.

JANGKITAN YIS

Jangkitan ini dikenali sebagai 'thrush' disebabkan oleh sejenis yis yang dipanggil Candida. Bilangan kecil Candida biasanya  hidup di atas permukaan kulit dan di sekeliling kawasan faraj dan biasanya tidak bahaya.

Tanda-tanda; Lendir putih cair atau berkelompok, kegatalan atau rasa panas membakar pada faraj, rasa panas membakar semasa membuang air kecil, kebengkakkan dan kemerahan di bahagian kemaluan wanita.

BILAKAH SESEORANG WANITA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENDAPAT JANGKITAN YIS?

Kehamillan, mempunyai penyakit kencing manis, mengambil antibiotik, sistem pertahanan yang lemah, dan wanita yang sering menjalani kemoterapi ataupun mengambil dos streroid yang tinggi

APAKAH JANGKITAN FARAJ BOLEH DIRAWAT?

Ya ! Setiap jenis jangkitan faraj mempunyai rawatan yang berbeza, jadi adalah penting untuk anda berjumpa doktor untuk mengesahkan diagnosis ini. Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan ialah;

Rawatan ubatan ; Vaginosis bakteria dan trikomoniasi dirawat dengan antibiotik manakala jangkitan yis respon dengan baik kepada terapi kulat. Termasuk krim faraj 'pesari' dan pil-pil.




No comments:

Post a Comment