Sunday, July 31, 2011

LEMAK DAN KOLESTEROL

LEMAK


Lemak di kategorikan sebagai penyumbang tenaga daripada karbohidrat dan protien.Ia meningkatkan rasa pada makanan dan juga mengalakkan serapan vitamin larut lemak iaitu A,D,E dan K.

Lemak terbahagi dua kumpulan:-
a) Lemak Tepu
  • Boleh memberi kesan yang tidak baik dan mengakibatkan serangan sakit jantung.
  • Meningkatkan kandungan kolesterol darah dan pembekuan lemak dalam salur darah
b) Lemak Tak Tepu (PUFA)
  • Boleh menurunkan paras kolesterol.
  • Sumber yang baik adalah minyak zaitun,minyak kanola dan minyak bijan bunga matahari.

LEMAK TERHIDROGENASI
Meningkatkan aras kolesterol darah jika di ambil pada kuantiti yang banyak.Lemak yang terdapat dalam makanan bergoreng pada suhu tinggi,makanan yang di komersialkan,diproses serta ada sesetengahnya terdapat dalam marjerin.

KOLESTEROL
MINYAK KELAPA YANG TINGGI KOLESTEROL
Lemak yang boleh didapati daripada sumber haiwan seperti telur dan organ dalaman seperti hati,otak atau ginjal.Badan menghasilkan 700-1000 mg kolesterol sehari dan cukup untuk proses metabolisma seperti sentesis,hormon seks,asid hempedu dan sel dinding.
  • Kolesterol yang tinggi-daging haiwan dan makanan laut
  • Tidak terdapat kolesterol-sayur-sayuran dan minyak sayur
PILIH BAHAGIAN DAGING ATAU AYAM TANPA LEMAK DAN BUANG LEMAK
TIPS KURANGKAN LEMAK DALAM MASAKAN
1) Pilih makanan tinggi karbohidrat kompleks seperti
    nasi,bijirin dan lemak berkanji serta sayuran.
2) Buang lemak dan kulit ayam atau daging sebelum di masak
3) Hadkan pengambilan lemak seperti marjerin,mentega krim
    dan mayonis.
4) Rebus,panggang,kukus menggunakan ketuhar gelombang
    mikro (mikrowave) dan elakkan menggoreng.

CONTOH MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN 
DARI SUMBER NASI/BIJIRIN/UBI
  • Nasi Beriani,nasi lemak,nasi goreng,nasi ayam,ubi goreng,jagung dan marjerin.
DARI SUMBER MEE/MIHUN
  • Mee Kari,Mee Goreng,mihun goreng,mee bandung ,laksa johor
DARI SUMBER ROTI
  • Roti canai ,boom,prata dan murtabak 
DARI SUMBER LAUK
  • Masak lemak,masak rendang,goreng bersantan,percik,sup gear box dan gulai kawah
DARI SUMBER SAYURAN
  • Masak lemak,kerabu (santan),sayur goreng
CONTOH MAKANAN DARI SUMBER LEMAK YANG DI GALAKKAN
DARI SUMBER NASI/BIJIRIN/UBI
  • Nasi putih,bubur,oats,ubi rebus dan jagung rebus
DARI SUMBER MEE/MIHUN
  • Asam laksa,mee sup,mihun tomyam,laksa penang,
DARI SUMBER  ROTI
  • Roti jagung,capati tanpa ghee,tosai.
DARI SUMBER LAUK
  • Sup,tomyam,singgang,panggang/bakar,Kukus/rebus,asam pedas,kari tanpa santan.
DARI SUMBER SAYURAN
  • Sup sayur,masak air,celur/rebus ulam

1 comment:

  1. Best baca entri ni. Thanks for sharing.
    http://syliezwithsupplimenthebat.blogspot.com

    ReplyDelete